Skip to main content

Meter Magnet Kekal Gegelung Bergerak

BINAAN ASAS METER MAGNET KEKAL GEGELUNG BERGERAK
Binaan asas alat pengujian Binaan Asas Meter Gegelung Bergerak
Meter digunakan sebagai alat ukur dan alat uji.Ia digunakan untuk menyukat sesuatu kuantiti seperti arus, voltan dan rintangan bagi litar elektrik dan elektronik.  Kuantiti-kuantiti tersebut diukur dengan menggunakan tiga alat ukur yang berlainan seperti meter volt, meter ampere dan meter ohm.


Terdapat pelbagai jenis meter mengikut kegunaannya :
I.          Ohm Meter ( Ω  )      - menyukat kerintangan pada perintang
II.         Volt Meter (V)           - menyukat kuantiti voltan bekalan
                                             - menyukat beza upaya pada sesuatu litar
III.        Ampere Meter /        - menyukat kuantiti arus yang mengalir  pada sesuatu                        
               Ammeter (A)            litar

Kebiasaannya terdapat beberapa jenis alat pesongan yang menjadi asas binaan meter.
I.          Meter Gelung Bergerak                      -           Analog
II.         Besi Bergerak                                    -            Analog
III.        Elektrodinamik                                    -           Analog

IV.        Liquid Crystal Display (LCD)              -           Digital

Binaan Asas Meter Gegelung Bergerak

Tugas dan Binaan Bahagian Meter Gegelung Bergerak

1.         Magnet ladam             -           Menghantar medan magnet antara Kutub utara
                                                            Kutub selatan                              
2.         Gegelung bergerak     -           bergerak apabila menerima bekalan
3.         Skala                           -           terletak di bawah jarum penunjuk

Mete Gegelung Bergerak terdiri daripada lilitan wayar halus (gelung) pada spring serta spring dan jarum penunjuk.  Gelung diletakkan di antara kekutuban magnet kekal pada meter.  Di bahagian atas terdapat skala untuk memberi ukuran.

Apabila arus terus mengalir pada gelung, medan magnet terhasil dan menghasilkan tindakbalas dengan magnet kekal.  Daya tolakan terhasil dan menolak jarum penunjuk.  Jarak penolakan jarum bergantung kepada jumlah arus yang mengalir melalui elung kepada spring rerambut / halus.  Ia ditugaskan untuk membawa jarum penunjuk balik ke tempat asal bila arus diberhentikan. Meter Gegelung Bergerak adalah asas binaan ampere meter, volt meter dan ohm meter.








OBJEKTIF : -
1.melihat tujuan alat pengukuran meter magnet kekal gegelung
   bergerak di adakan
2.mengenali binaan meter gegelung bergerak
3.menghuraikan prinsip kendalian meter gegelung bergerak
4.mengetahui meter-meter yang menggunakan magnet kekal gegelung
   bergerak

PRINSIP KENDALIAN METER KEKAL GEGELUNG BERGERAK :-
a)  Apabila a.t dilakukan pada gegelung,medan magnet yang terhasil akan
Bertindak balas dengan medan magnet kekal.Daya tolakan medan magnet akan
Menolak jarum penunjuk.jarak tolakan jarum menunjukkan bacaan arus yang melalui
gegelung

b)Di bahagian hujung jarum terdapat skala yang berlabel.Pergerakan jarum berkadar
   terus dengan nilai arus yang melalui gegelung.Pergerakan ini membolehkan
   jarum menunjukan bacaannya

c)Spring rerambut berfungsi untuk membawa balik jarum penunjuk dan gelendong
   ke kedudukan asal setelah tiada aliran arus



PENGENALAN :-
Alat pengukuran adalah penyukat sesuatu seperti arus,voltan,kuasa dan
Rintangan mengikut kegunaannya seperti ammeter,voltmeter dan ohmmeter

AMMETER
Digunakan untuk menyukat arus dalam sesuatu litar.Terdapa dua jenis arus
Iaitu arus terus(a.t) dan arus ulang alik(a.u).Dibuat dalam berbagai jenis julat
Yang bersesuaian dengan litar yang hendak diukur.Litar yang hendak dipasang
Mesti didalam keadaan hidup bagi memastikan ia dapat berfungsi

VOLTMETER
Digunakan untuk mengukur kadaran voltan yan merintangi beban atau kadaran
Voltan bekalan.Dipasang merintangi beban,sumber bekalan atau selari dengan
Beban.Litar yang hendak disukat mesti dalam keadaan hidup bagi memastikan
Ia dapat berfungsi

OHMMETER
Digunakan untuk mengukur rintangan pada sesuatu beban atau mengukurnilai
Perintang dalam litar elektronik.Dipasang merintangi beban atau selari dengan
Beban.Untuk penjagaan yang baik pastikan beban yang hendak disukat
Diputuskan bekalan terlebih dahulu. 
RU             
                    RUMUSAN:-
Tujuan pengukuran meter bergantung kepada jenis meter yang digunakan
Pengukuran yang biasa digunakan ialah ukuran arus,voltan dan ohm.Binaan meter
Terdiri daripada 2 iaitu gegelung bergerak dan besi bergerak.
Biasanya meter besi bergerak di pasang secara tetap,manakala meter gegelung

bergerak tidak dipasang secara kekal.

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan multimeter

Penentukur Multimeter dan Anolag: DEFINISI METER Multimeter atau multitester, juga dikenali sebagai VOM ( Volt-Ohm meter atau Volt-Ohm-milliammeter),  adalah sebuah alat pengukur elektronik yang menggabungkan beberapa fungsi pengukuran dalam satu unit.multimeter termasuk ciri-ciri asas seperti kebolehan untuk mengukur voltan, arus dan rintangan. Multimeter analog menggunakan ammeter mikro yang bergerak ke atas skala ditentukur untuk semua ukuran yang berbeza yang boleh dibuat penunjuk. Multimeter digital (DMM, DVOM) memaparkan nilai diukur dalam angka, dan juga mungkin memaparkan bar panjang yang berkadaran dengan kuantiti yang diukur. Multimeter digital kini jauh lebih biasa tetapi multimeter analog masih lebih baik dalam beberapa kes, sebagai contoh apabila memantau nilai pesat yang berbeza-beza. Multimeter boleh menjadi alat tangan yang berguna untuk mencari asas kerosakan dan kerja perkhidmatan lapangan, atau instrumen yang boleh mengukur pada tahap yang sangat tinggi ketep